Anda ingin hidup begini?:-
1. Bangun suboh dengan pasangan pergi solat suboh di masjid dan balik ada pula masa untuk baca Quran dan kemudian menunggu untuk buat solat Dhuha setiap hari tanpa anda perlu berkejar sibuk untuk pergi bekerja?
2. Kemudian anda bersiap-siap untuk pergi ke pasar mencari makanan segar dan bersarapan sedangkan ramai di luar sana sedang sibuk berlari untuk berkejar ke tempat kerja.
3. Balik rumah pula sebelum tengahari untuk melakukan aktiviti hobi kesukaan anda seperti membaca buku-buku ilmiah dan surat khabar serta bersiap-siap menjadi seorang chef memasak tengahari sendiri bersama pasangan sebelum anak-anak balik dari sekolah makan tengahari nanti.
4. Selepas itu anda dapat melelapkan mata sekejap mengikut sunnah sebelum pergi bersolat zohor di masjid.
5. Apabila anda balik dari masjid dapat pula menonton TV rancangan dokumentari kegemaran anda melalui Asrto atau HyppTV sementara menunggu waktu Asar.
6. Kemudian selepas solat Asar dari masjid anda bersiap-siap pula untuk pergi membeli belah ”jendela” di Komplek belibelah ternama atau beriadah di taman bunga bersama pasangan sementara menunggu untuk mengambil anak balik dari sekolah petang nanti.
7. Sampai di rumah anda memasak ringkas lagi menambah lauk untuk makan malam sebelum waktu masuk Maghrib.
8. Anda terus solat Maghrib di masjid dan berzikir serta amalan sunnah lain sementara menunggu masuk waktu Isyak.
9. Anda balik dari masjid, menonton Drama TV atau membaca buku sementara anda masuk tidur pukul 11pm.
10. Anda bangun awal 4.30 pagi untuk solat tahajjud, taubat, hajat dan witir sambil berzikir ataupun mencari ilham baru sementara menunggu waktu subuh berkumandang di udara.
Dan itulah pusingan rutin jadual harian anda seharian untuk selama-lamanya jika itu pilihan anda apabila anda mempunyai pendapatan pasif yang dapat menampong hidup anda.
Anda tidak risau soal kewangan. Anda tidak tertekan soal kerja. Anda tidak stres dalam trafik jem. Anda sudah tidak faham apa itu erti ‘date line’. Anda sudah lupa bagaimana perasaan kena herdik dengan bos. Anda sudah maafkan mereka semua.
Anda sudah lama tidak mendengar perkataan kerja ‘outstation’ melainkan hanya jika anda kembara ke Eropah, jelajah Asia serta ziarah dan umrah.
Anda ingin hidup begini?
Anda rasa ianya hanya boleh dilakukan bila bersara nanti? Tunggu dulu….
Anda boleh melakukan lebih awal jika anda tahu bagaimana untuk mencapainya! Anda pernah dengar Financial Freedom? Bebas kewangan? Itulah rutin jadual harian yang anda boleh lakukan jika anda sudah mencapai FINANCIAL FREEDOM.
PENDAPATAN PASIF anda yang membayar semua perbelanjaan anda! Sudah tentu jika ada lebihan wang lagi anda boleh berinfaq, bersedekah dan melakukan kerja-kerja kebajikan yang lain.
WOW! Seronoknya!