Tragis Seorang Pekerja, 10 kerisauan ngeri selepas bersara yang anda wajib sedia
asian businessman

Tragis Seorang Pekerja, 10 kerisauan ngeri selepas bersara yang anda wajib sedia

 

Hari ini saya ingin kongsikan didalam blog saya tentang Tragis seorang pekerja, 10 kerisauan ngeri selepas bersara. Adakah Anda  Lambang Kegagalan Keluarga?

Anda seorang yang sangat hebat di pejabat. Anda merupakan tunjang syarikat majikan anda kerana berjaya mendapatkan projek jutaan ringgit. Majikan anda sangat menyayangi anda malah teman sekerja anda turut bangga di atas kejayaan anda meletakkan mercu tanda syarikat di dalam peta korporat. Anda lambang kejayaan syarikat yang tiada tolok bandingnya. Anda adalah aset kepada syarikat.

Kini tiba masanya bila usia meniti tua.. anda mula berfikir untuk bersara! Ya, kini tiba giliran anda bersara wajib. Anda merasakan anda mampu untuk bekerja lagi tetapi majikan tidak berminat untuk menyambung kontrak anda memandangkan darah muda telah lama mengambilalih tugasan anda. Anda kini dilihat sebagai liabiliti kepada mereka! Gaji anda terlalu besar bagi mereka dibandingkan titik peluh yang anda sumbangkan kepada syarikat di ambang usia tua!

Anda mula panik!

1. Anda masih lagi duduk menyewa di rumah banglo yang selama ini syarikat yang menanggung.

2. Anda tidak punya rumah sendiri untuk berpindah.

3. Simpanan anda hanya cukup-cukup untuk sara diri anda sahaja selama 2 tahun lepas bersara nanti.

4. Tiada simpanan lebih dan pelaburan yang anda buat untuk keluarga anda.

5. Anda baru teringat kereta syarikat yang anda guna mesti dipulangkan kembali.

6. Kereta yang isteri anda pakai selama ini pun belum habis bayar pinjaman lagi.

7. Baru anda tersedar bahawa selama ini anda hidup mewah seperti orang kaya sehingga lupa merancang untuk bersara.

8. Kad kredit anda masih ada tertunggak baki kredit yang perlu dijelaskan.

9. Anda terkesima aktiviti golf hobi kegemaran anda bakal akan terganggu kerana tiada bajet untuknya nanti.

10. Anda mula memikirkan secawan kopi yang enak di kelab eksklusif anda, tidak lagi anda mampu untuk dinikmati bersama-sama rakan seangkatan dengan anda.

Lebih terkedu lagi ada anak-anak anda yang masih bersekolah!

Terbayang penyesalan anda tidak bersedia untuk bersara lagi! Anda kesal, tersangat kesal!

Anda bakal menjadi lambang kegagalan keluarga! Kemurungan mula meresap ke dalam jiwa anda! Perlahan demi perlahan anda melihat masa depan anda yang bakal gelap! Anda menepuk dahi, tanda penyesalan!

Kenapa nak tunggu tepuk dahi bila sampai umur bersara?

Tepuk dahi anda sekarang! Kuat sikit!

Sekurang-kurangnya menyedarkan anda sekarang! Setidak-tidaknya anda boleh merancang sekarang untuk elak anda mengalami nasib yang sama.

Rancanglah hidup anda sekarang!

Facebook Comments
Close Menu