YES, aku GAGAL!

YES, aku GAGAL!

 

 

Anda bangga anda gagal?

Gagal bukan bermakna anda gagal selamanya. Ia hanyalah proses kepada kejayaan yang lebih manis danmengujakan! Gagal adalah guru terbaik dalam hidup! Pengajaran terbaik yang ditimba!

Kalau anda tidak pernah gagal bermakna anda belum betul-betul berusaha keras untuk men
capainya dan pencapaiannya selalunya tidak terlalu diraikan atau dibanggakan! Ibarat hidup seperti robot yang hanya tahu mengulangi arahan proses memori yang ditetapkan oleh sipembuatnya tanpa kesilapan!

Ianya kadangkala menjadikan kita leka untuk bertahan lama disebabkan tidak pernah merasai bagaimana tersiksanya jiwa dan fizikal jika gagal sekali datang menjengah!

Gagal itu satu proses yang dilalui oleh kebanyakan orang yang benar-benar telah berjaya. Mereka hargai dan hormati kepada kegagalan. Tidak sepertimana orang biasa-biasa yang akan melihat kegagalan sebagai satu penghinaan dalam kehidupan harian mereka. Mereka takut untuk gagal. Mereka cuba tidak mahu gagal tetapi sebenarnya dari awal lagi mereka telah gagal. Gagal mahu mencuba!

Semasa di sekolah bagaimana murid yang gagal dipertontonkan sebagai orang yang tewas! Kalah! Malas! Tetapi sebenarnya merekalah yang bakal menjadi orang yang berjaya pada satu ketika nanti. Itu pun jika mereka merasakan dan cepat sedar menilai erti kegagalan bukan dari kaca mata orang lain. Mereka sendiri tahu bagaimana mahu memanupulasi kegagalan bertukar menjadi pendorong kepada
satu kejayaan besar.

Dan itu yang berlaku kepada Bill Gates, Thomas Edison dan ramai lagi orang-orang yang sudah berjaya telah melalui kepahitan gagal tetapi menjadi ubat penawar kepada kekayaan dan kejayaan mereka!

Anda bagaimana? Masih malu nak mengakui anda pernah gagal?

Berbanggalah akan kegagalan anda yang lalu supaya anda tidak lagi mengulangi kegagalan yang sama pada masa hadapan. Biar anda gagal dalam perkara yang baru bukan mengulangi kegagalan yang sama.

Seperti kata pepatah Arab, jangan anda masukkan tangan anda ke dalam lubang serangga/ular berbisa yang sama dua kali.

Sekali sudah cukup memberi pengajaran!

Selamat berjaya kepada anda kerana pernah gagal!

#beranigagal

Facebook Comments
Close Menu