Antara Undang-Undang Permainan Bolasepak dan Permainan Kewangan, yang Anda Patut Tahu Jika Anda tak Mahu Jatuh Miskin

Antara Undang-Undang Permainan Bolasepak dan Permainan Kewangan, yang Anda Patut Tahu Jika Anda tak Mahu Jatuh Miskin

Mengapa perlu belajar IQ Wang?

Pendidikan atau pembelajaran dalam meningkatkan kebijaksaan kita tentang wang adalah supaya kita tidak jatuh miskin malah bukan untuk menjadi kaya pun, pada asalnya. Tetapi jika pemahaman kita tentang IQ WANG mengikut cara yang betul dan patuh kepada peraturannya maka menjadi kaya adalah terlalu mudah malah terjadinya kaya adalah secara semulajadi.

Jika disebut ada cara dan peraturannya ia kelihatan seperti suatu permainan WANG@ sistem kewangan. Sepertimana permainan bola sepak contohnya, ada cara dan peraturannya. Jika cara untuk menjadi pemain bola sepak hebat adalah dengan berlatih dan berlatih serta dapat menyertai kelab profesional maka permainan kewangan juga tidak lari dari berlatih dan berlatih serta dapat bergaul dengan orang-orang yang berjaya!

Permainan bolasepak merupakan suatu pilihan dan bukannya suatu paksaan, samada kita mahu bermain ataupun tidak. Tetapi sedarkah kita bahawa permainan kewangan telah menjadikan kita semua sebagai pemainnya? Tidak kira kita miskin, kaya, kacak, bijak, bodoh, tua, muda, lelaki, perempuan, tidak kira samada kita suka mahupun tidak! Kita telah berada di dalam permainan itu. Semua orang terpaksa bermain dengannya. Malah menggunakannya pun sudah dikira sebagai pemain.

Semua orang perlukan wang!

Anda mungkin tersilap jika mengatakan wang bukanlah segala-galanya! Jadi mengapa kita tidak ambil pusing tentang cara dan peraturannya? Jika kita tidak bersedia menghadapinya dengan langkah yang betul itulah yang akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam lembah kemiskinan.

Untuk menjadikan kita pemain wang yang hebat, kita tidak boleh lari dari belajar, berlatih dan bergaul dengan orang yang sudah kaya dan berjaya! Sebab itu IQ WANG sangat penting dalam kehidupan kita seharian supaya kita tidak menjadi seperti seorang pemain bolasepak yang berkaki bangku!

Tetapi berapa ramai yang tidak mahu ambil kisah tentang pendidikan kewangan kerana berasakan bahawa mempunyai pekerjaan bergaji bulanan yang tinggi sudah cukup untuk menjadi bijak wang.

Ya, saya akui anda memang bijak wang dalam mencari wang tetapi belum tentu anda bijak wang dalam mengurus dan mengembangkan wang ke tahap kaya raya. Ini kerana adanya cara serta peraturannya yang tertentu.

Kerana itu, menghadapi masalah berkaitan soal kewangan serta cuba untuk menyelesaikannya adalah salah satu daripada caranya. Dan menguasai peraturan kewangan itu adalah lebih utama ke arah meningkatkan kuasa IQ WANG dan secara langsung dapat meningkatkan hasil kewangan kita.

Perlu diingat bahawa peraturan kewangan tidak sama dengan peraturan bolasepak. Ini kerana peraturan kewangan akan senantiasa berubah dan ada sahaja peraturan baru yang akan muncul dan jika kita tidak bersedia maka kita akan ketinggalan jauh.
menjadikan kita tidak kaya-kaya malah kita akan menjadi hamba dan mangsa kepada sistem kewangan sampai ke penghujung hayat!

Pendidikan kewangan sebenarnya tidak ada titik noktahnya. Kita perlu menghadapi dan menyelesaikannya secara berterusan, menimba ilmu dan belajar agar kita tidak ketinggalan oleh arus dunia kewangan yang kejam dan zalim kepada orang yang tidak ambil kisah tentang kewangan mereka.

Kenapa saya katakan kejam dan zalim?

Lihatlah di sekeliling kita berapa ramaikah yang jatuh bangkrap kerana wang, hidup miskin lagi papa kedana, ramainya hidup bergelandangan, peminta sedekah jalanan semata-mata, dahulunya orang kaya kini hidup merempat di bawah jambatan? Tidak kurang juga yang hidup bergantung ehsan daripada orang lain, orang lain yang menanggung kehidupan kita!

Malah ianya bukan terhenti di situ sahaja, menjadi perompak, peragut, pencuri, perasuah, penyamun, penipu, penjudi, pelacur dan pelbagai jenis jenayah semata-mata berpunca dari mengejar wang!

Dengan cara belajar sajalah kita akan dapat meningkatkan IQ Wang kita dan dengan itu dapat meningkatkan nilai kekayaan kita dengan cara halalan toyibbah.

Jika anda berasakan anda perlukan ilmu itu, sila lawati website kami di  www.iqwang.com.my

Selamat menuntut ilmu!

Facebook Comments
Close Menu