Wang bekerja untuk kita? 4 jenis pelaburan yang paling selamat yang patut anda buat.

Wang bekerja untuk kita? 4 jenis pelaburan yang paling selamat yang patut anda buat.

Adakalanya kita tidak memahami bahawa tujuan menyimpan wang atau mengumpul hasil pendapatan setiap bulan adalah untuk kita membuat pelaburan apabila cukup nisabnya.  Tetapi malangnya, apabila telah mencapai jumlah yang agak besar, tidak pula diketahui mahu dilaburkan wangnya ke mana, ya? jadi disini saya nak berkongsi bagaimana Wang boleh bekerja untuk kita, dan 4 jenis pelaburan yang paling selamat yang patut anda buat.

Ini kerana kita tidak bersedia dari awal tentang ilmu kewangan, ilmu pelaburan mahupun ilmu perniagaan. Itulah sebabnya mengapa saya selalu tekankan bahawa ketika kita masih tidak mempunyai wang yang cukup untuk membuat pelaburan, kita wajib mempelajari, mendalami dan menuntut ilmu berkaitan ilmu kewangan kerana kita perlu
bijak mengurus kewangan kita terutama kepada perkara-perkara asas tentang pemahaman ilmu IQ WANG.

Pelaburan adalah bertujuan memperkembangkan nilai wang yang kita ada atau ertikata lain melipatgandakan jumlah wang yang kita ada dalam tempoh jangka masa tertentu. Tetapi bagaimana kita boleh memperkembangkannya?

Pernah anda mendengar ayat ini? “Kalau dahulu aku bekerja untuk wang, sekarang wang pula bekerja untuk aku?” Jika anda kata tidak tahu menahu soal wang bekerja untuk kita, biar saya jelaskan erti wang bekerja untuk anda!

Anda wajib mencari ‘pekerjaan’ untuk wang anda. Kalau dahulu anda sendiri bertungkus lumus bekerja bagi mendapatkan wang, sekarang ini anda perlu merancang bagaimana wang pula yang akan bekerja untuk anda bagi mendapatkan lebih banyak wang! Dan ‘pekerjaan’ itulah yang dinamakan pelaburan! Jika anda mencipta lebih banyak ‘pekerjaan’ untuk wang anda bermakna anda akan mempunyai lebih banyak ‘pekerja’ yang akan bekerja untuk anda pada masa hadapan.

Wang, hanya semata-mata wang tidak akan bertambah melainkan anda memberinya ‘pekerjaan’ bagi mendapatkan hasil dan pulangan.

Persoalannya, pekerjaan apakah yang dapat memberi hasil dan pulangan yang lumayan?

Di dalam buku IQ WANG saya menyatakan 4 perkara pelaburan yang paling selamat:

1. Hartanah
2. Saham
3. Logam Emas
4. Perniagaan

Empat perkara inilah yang akan menjadikan wang bekerja untuk anda! saya benar-benar menganjurkan anda baca buku ini. layari websitenya www.iqwang.com.my

Cuba bandingkan apa yang anda ada buat masa sekarang:-

1. Pekerjaan yang anda ada sekarang?
2. Perniagaan yang belum matang?
3. Anda sudah mempunyai hartanah?
4. Ada simpanan emas?
5. Sedang belajar bermain saham?

Jika anda kata, anda hanya ada perkara no.1 iaitu pekerjaan sahaja bermakna wang anda belum ada ‘pekerjaan’ lagi. Wang anda masih lagi menganggur!

Lebih malang jika anda kata, tiada langsung wang simpanan untuk dilaburkan! Ingat, selemah-lemah pelaburan adalah dapat@mampu menyimpan wang setiap bulan.

Semalang-malang manusia adalah tidak mampu untuk menambah simpanan malah wang pendapatan yang adapun tidak pernah cukup untuk menyara diri dan keluarga!

Dimanakah kedudukan anda sekarang?

Sebagai peringatan!! kepada yang mempunyai wang simpanan yang banyak, saya tidak menyenarai atau menyebut pun ‘skim cepat kaya’ itu adalah salah satu ‘pekerjaan’ untuk wang anda!

www.Iqwang.com.my

 
Facebook Comments
Close Menu