Bagaimanakah Cara Mengira Aset dan Liabiliti Harta Anda? Anda pasti terkejut jika tahu bahawa anda seorang miskin!

Bagaimanakah Cara Mengira Aset dan Liabiliti Harta Anda? Anda pasti terkejut jika tahu bahawa anda seorang miskin!

Assalamualaikum semua…

Sekarang ini isu hangat heboh pasal TABUNG HAJI kerugian beberapa billion ringgit!

Kedengaran perkataan seperti Aset dan liabiliti keluar dalam laporan di media-media perdana dan juga pendedahan di parlimen pagi tadi. Panas hati kita apabila Tabung Haji hampir lumpuh!

Nilai Liabiliti lebih tinggi daripada nilai Aset di dalam perakaunan kewangan Tabung Haji menyebabkan jumlah kerugian berjumlah RM10.2 billion. WOW! Besar tu….

Bermakna setelah nilai Aset ditolak dengan nilai Liabiliti menjadi angka NEGATIF RM10.2 BILLION. Angka Liabiliti lebih tinggi daripada angka Asetnya. Hutangnya lebih tinggi daripada kemampuan Aset untuk membayar hutang yang telah dibuatnya.

Sekarang dah fahamkan? Kenapa tidak, kita kira nilai aset dan nilai liabiliti yang kita punya diri sendiri miliki?

Maklumlah setelah sekian lama hidup dan bekerja, takkan kita sendiri tidak mahu mengira berapa Aset dan berapa Liabiliti yang telah kita bina dan kumpulkan. Jangan tengok kesilapan Tabung Haji sahaja mengurus kewangan mereka!

Kita juga mengurus kewangan kita setiap hari dan setiap bulan untuk sekian lamanya daripada kita mula bekerja sehingga tiba masanya sekarang ini.

Bagaimana nilai keuntungan kita atau adakah nilai kerugian yang kita bina setakat hari ini menjadikan kita hidup miskin. Atau lebih tepat dalam kes kita, nilai kemiskinan kitakah atau nilai kekayaan kitakah yang kita bina selama ini?

Jom belajar mengira Nilai Bersih Kekayaan kita sepertimana Tabung Haji mengira kerugian mereka buat masa ini kerana kepincangan pengurusan mereka.

Jangan asyik tengok kesalahan orang lain sahaja. Sekali sekala tengok juga kesilapan atau kelemahan kita dalam mengurus kewangan peribadi kita.

Contoh yang diambil dari petikan buku IQ WANG ORANG KAYA.

Guna jadual dibawah:

Bil. Aset(rm)/Liabiliti(rm)
1. Rumah
2. Kereta
3. Motosikal
4. Tanah
5. ASB
6. Kredit Kad
7. Pinjaman peribadi
8. Simpanan Tunai
9. Simpanan Bank
10. Emas
11. Saham
12. Rumah Sewa

Jumlah RM? / RM?

Jumlah besar (Aset -Liabiliti) RM???(-) atau (+)

Tambah lagi bilangan harta atau hutang jika melebihi dari jadual di atas.

Sekarang anda perlu campur dan tolak sahaja yang akan menentu samada selama ini anda menipu dalam pengurusan kewangan peribadi anda sendiri atau anda sememangnya cekap dalam pengurusan kewangan anda selama ini!!!! Angka itu yang akan menjadi penentu sebenarnya anda miskin atau mungkin anda kaya.

Nota: Jika angka anda positif dan bernilai RM1 juta bermakna anda seorang jutawan! Tahniah!

Tetapi jika angka anda negatif bermakna, sama sahaja cara anda mengurus kewangan peribadi anda selama ini sepertimana Tabung Haji menguruskan kewangan mereka! Tak perlu panas hatilah!

Tak tahu nak kira? Lagilah parah, selama ini anda memperjudikan nasib kehidupan anda tanpa ada ilmu kewangan yang betul! Lagi teruk!

Dapatkan buku Saya IQWANG Orang Kaya
dan ketahui bagaimana cara bijak menguruskan wang anda daei awal
layari www.iqwang.com.my

Wan Roslan Wan Salleh

Facebook Comments
Close Menu