Assalamualaikum wrb… Kita adalah hamba abdi moden! Percaya atau tidak? hakikatnya jika kita ada hutang, bermakna kita adalah hamba abdi kepada seseorang yang memberi hutang!
Ini bukan seperti hamba abdi yang kita lihat di dalam filem ‘Tiga Abdul’…. hamba abdi yang dilelong di dalam pasar tu. Ini hamba abdi yang direkacipta dan diabdikan oleh kehendak dan kemahuan diri sendiri. Ironinya, kita semua tidak sedar yang perkara ini sedang berlaku!
Nak beli kereta.. terpaksa berhutang. Nak pakai duit… buat pinjaman. Nak beli barang….. layang kad kredit. Nak berniaga….. cari Ahlong. Nak beli perabot…. mohon ansuran. Nak bercuti…. minta ‘advanced’.
Pendekata, kita sanggup berhutang selagi ada peminjam yang masih sanggup memberi. Hanya kerana ingin memenuhi kehendak, keinginan dan kemahuan diri sendiri. Saya tak kata hutang itu tidak bagus. Siapa yang dah baca buku IQ WANG akan faham tentang isu hutang ini.
Ada hutang bernas dan ada hutang nahas!
Jadi bagaimana ia berkait dengan hamba abdi pulak? Ha…ha.. ini soalan bernas!
Ini adalah kerana ketiadaan ilmu kewanganlah yang menyebabkan kita telah bertindak nahas! Cuba bayangkan, anda berhenti membayar hutang-hutang tersebut selama beberapa bulan. Seronokkan jika dapat berterusan begitu?
Sekarang anda bayangkan pula bagaimana penarik kereta bank sedang memburu anda. Rakan yang memberi pinjam akan bertanya khabar. Syarikat kad kredit sedang berusaha membankrapkan anda. Abang Ahlong kerap mengugut anda. Syarikat perabot tercegat di depan pintu rumah anda. Dan majikan anda melayangkan surat tunjuksebab kerana keculasan anda!
Kesemua mereka ini adalah tuan hamba kepada anda! Dan malangnya, anda adalah hamba mereka! Sebagai hamba anda wajib bekerja untuk selama-lamanya bagi mendapatkan gaji dan cuba melunaskan hutang-hutang mereka ini. Ini baru kes anda culas membayar hutang.
Bagaimana pula jika anda diberhentikan kerja? Sudah tentu anda tidak sanggup untuk berhenti kerja, apa lagi jika diberhentikan kerja, bukan?
Jika ini benar-benar terjadi, bayangkan pula betapa susahnya anda untuk menghadapi masa depan. Nak mula berniaga, tiada siapa nak bagi pinjam. Nak keluar negara tersangkut di pejabat imigresen. Nak balik rumah, cat merah bertaburan. Nak cari rakan, semua lari berlintangpukangan. Silap-silap haribulan kita hidup pun bergelandangan.
Anda seperti hamba abdi yang dipaksa bekerja, bekerja dan bekerja semata-mata kerana anda sudah pun menjadi hamba abdi! Tetapi kali ini hamba abdi anda dari jenis yang moden. Hamba abdi yang ada gaya!
Jadi saya bagi anda sedikit tips di bawah ini bagaimana anda boleh melepaskan diri dari terbelenggu sebagai hamba abdi moden itu.
1. Bayar hutang anda secepat yang mungkin.
2. Lunaskan segera hutang yang paling kecil dahulu satu persatu.
3. Buat kaunseling, jumpa AKPK.
4. Buang kad kredit anda.
5. Belajar kawal nafsu belanja anda.
6. Beli buku ‘Kuasai IQWang Orang Kaya’ saya dan baca (layari wwww.iqwang.com.my)
7. Berkawanlah dengan orang kaya.
8. Mula belajar ilmu kewangan.
9. Mulakan sebuah pernigaan walaupun kecil.
10. Bersedekah banyak-banyak.
11. Kerap menjamu dan melayan tetamu di rumah.
12. Menyantunilah anak-anak yatim.
Dan jangan lupa nantikan buku kedua saya yang akan diterbitkan tidak lama lagi.. tapi wajib baca buku yang pertama juga.. layari www.iqwang.com.my…….!