Nak Meniaga, Tapi Malu Tak bertempat!! Hi Nak Malu Apa Bossku!!

Nak Meniaga, Tapi Malu Tak bertempat!! Hi Nak Malu Apa Bossku!!

Nak Meniaga, Tapi Malu Tak bertempat!! Hi Nak Malu Apa Bossku!!

Perkara yang menarik tentang kenyataan “Malu Apa Bossku, Malu tak Bertempat”, bagus jika anda mahu memulakan sebuah perniagaan. Perasaan malu itu diletakkan ke tepi. Samada barangan kita laku atau tidak itu bukan persoalannya. Bertindak untuk menjual itu penting. Asalkan barang yang kita jual atau tawarkan tidak bercanggah dengan syariah dan mematuhi hukum hakam dalam perniagaan.

Saya teringat ketika isteri saya mula-mula mahu memulakan operasi sebuah taman asuhan kanak-kanak di Pandan Indah dahulu. Saya ditugaskan untuk menempah ‘banner’ yang ada ayat menyatakan “PENDAFTARAN SEKARANG DIBUKA”. Ketika itu saya masih lagi bekerja. (Kisah ini ada saya paparkan di dalam buku “IQ wang ORANG KAYA”). Dan apabila ianya siap untuk digantung di hadapan taska tersebut, satu perasaan MALU tiba-tiba menyerap ke dalam darah menular ke seluruh anggota badan. Baru sahaja ingin menggantungkan banner tersebut, saya terus sahaja memberhentikan operasi menggantung dan menyorokkan ‘banner’ tersebut semata-mata kerana ada kereta yang kebetulan lalu di situ. Dan perkara itu berulang beberapa kali, barulah dapat
digantungkan setelah tiada
kelibat orang lalu lalang di situ.

Dan itulah yang saya katakan MALU yang tidak bertempat. Tetapi yang bernasib baiknya saya tetap melaksanakan tugas itu dengan jayanya. Bagaimana jika saya tidak mahu meneruskan tugas itu dan malu untuk terus berniaga? Tentulah ianya tidak akan terjadi apa yang terjadi sekarang dalam hidup saya. Alhamdulillah! Sepatutnya saya yang paling layak untuk berkata, “Malu apa bossku!” pada ketika itu.

Walaupun kita sekarang mungkin belum ada perniagaan sendiri lagi, tidak kiralah jika kita masih lagi bekerja menjawat jawatan di dalam sebuah syarikat atau di dalam kerajaan sekalipun, tidak berlaku pecah amanah, tiada ketirisan wang syarikat, tiada rasuah dalam berurusan atau dapat mengelak kecurian dalam bertugas, anda juga layak menggunakan motto tersebut.

Hatta jika anda seorang yang berjawatan rendah sekali pun, selagi gaji pendapatan kita itu halalan dan toyibbah bolehlah anda bangga untuk berkata, “Malu Apa Bossku!”.

Menghilangkan perasaan malu untuk berniaga itu perlukan jiwa yang besar, sebesar malunya jika kita mahu melakukan perbuatan yang terkutuk!

Anehnya, kita tidak
malu-malu kepada perbuatan-perbuatan yang memalukan diri sendiri dan keluarga. Tidak pandai menjaga air muka keluarga kepada perbuatan yang memalukan. Menconteng arang ke muka bukan lagi perbuatan memalukan?

Tetapi apabila masuk bab mahu berniaga mulalah malu tidak bertempat ini menular dalam diri dan sukar untuk dilaksanakan.

Akhirnya kita pun menyerah kalah kepada malu yang tidak bertempat itu. Kita malu untuk berniaga.

Sepatutnya kita lagi malu jika tidak ada perniagaan sendiri. Jika adapun, kita tidak malu menipu dalam berniaga. Kita tidak malu untuk bercakap bohong. Kita tidak malu untuk curi tulang dalam pekerjaan.

Kita patut malu jika tidak menutup aurat, kita patut rasa malu jika kita melakukan perkara-perkara mungkar. Kita patut takut malu jika tertangkap melakukan jenayah!

Sebaliknya kita merasa bangga bukan pada tempatnya! Jadi saya menasihatkan biarlah kita malu kepada Allah di atas perkara-perkara maksiat supaya terhindar di atas segala perbuatan yang memalukan itu.

Malu pun biarlah bertempat!

Malu yang boleh membawa kita maju ke hadapan. Malu yang akan dihormati oleh orang lain. Malu yang boleh menambahkan pendapatan dan malu yang akan membuatkan kita merasa bangga pada diri sendiri.

Apabila ada yang bertanya suatu hari nanti bagaimana anda boleh berubah dan berjaya dalam kehidupan?

Apa yang perlu anda nasihatkan kepada mereka nanti dengan berkata, “Malu apa bossku!, Jomlah kita mulakan perniagaan itu!”

Lawat kami di www.iqwang.com.my

Facebook Comments
Close Menu